May 20, 2016

Hanya Sekeping Roh Yang Merindui

Aku teguk air. Perlahan-lahan. Tersekat.
Mata aku digenangi.
Teringat akan adik yang sedang lagi letih dan lena tidur.
Dikejut bangun untuk menjamah lauk yang aku panaskan, dia enggan.
Letih sungguh dia di usai kelas. Dan aku mengerti.
Tetapi dikarnakan apa, aku ngerasa benar-benar sayu.
Seolah lauk ini adalah yang terakhir aku sajikan buat adik.

Dan aku terfikir... apabila nanti ketika aku sudah tiada,
Apakah mereka-mereka di dunia akan merindukan kewujudan aku?
Atau, aku yang telah dipisahkan daripada dunia mereka - yang bakal
menanggung sakit pedih akibat merindui mereka?
Mahu disentuh digenggam tangan mereka, tidak terdaya.
Karna di waktu itu, aku cuma sekeping roh yang menerawang
memerhati orang-orang di dunia yang aku rindukan.
Sedangkan di waktu itu, aku di pisahkan daripada dunia mereka.

Buat bunda, ayah, abang, serta adik-adik,
Terus-teruskan merindui aku.


Disember 2013
Rumah aku

0 komentar:

Post a Comment