Sep 14, 2016

Penafian

Dinding-dinding yang menebal
Serta lalang-lalang yang meninggi
Menafikan haknya
Untuk pergi ke tempat itu

Dia kini tersesat
Tetapi untuk pulang,
Dia tidak tahu
Bagaimana...

Tetapi dia masih menanam pokok-pokok
Serta membiarkan dedaun menjurai
Jatuh ke tanah
Dan dia enggan memangkasnya daripada mengakar ke hati

Dia biarkan segalanya mengikat
Daripada mendekat
Dan mengelak untuk melangkah
Ke balik dinding yang dia bina

"Sampai bila-bila..."
Lalu, adunan konkrit itu
Dia sapukan ke hati
Dia seolahnya sudah nekad

Dia tahu,
Di balik dinding itu
Berdiri
Kakaknya...


14 September 2016
Johor Bahru

0 komentar:

Post a Comment